UniMAP rai 35 pasangan pengantin


35 pasangan pengantin termasuk sepasang pengantin berketurunan India diraikan oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada majlis khas yang berlangsung di Dewan 2020 mlam td..

Mereka terdiri daripada kakitangan Unimap yang berkahwin sepanjang 2010 sehingga kini termasuk yang berkahwin dengan rakan sekerja.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat ke majlis meraikan pasangan-pasangan itu yang disandingkan di pelamin khas secara beramai-ramai.

Ketika bertitah di majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor Unimap berharap pasangan pengantin baru dan lama itu bijak mengurus serta mentadbir rumah tangga supaya mereka kekal hidup bersama dan bahagia sepanjang hayat.

Titah baginda, kegagalan mengendalikan rumah tangga akan menyebabkan kebahagiaan yang dibina lebih rapuh dan mudah berlaku perceraian.

"Jadikanlah perpisahan itu sebagai jalan keluar yang terakhir setelah semua saluran telah digunakan untuk menyelesaikan apa jua persoalan,” titah baginda.


p/s : ramai oo dh kawin... bila lak giliran kita nih... hehe

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar