Agama


Doa Supaya Tidak Berputus Asa :
" Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku. " (Surah Maryam ayat 4 )

Doa Momohon Keampunan Dari Allah :
" Ya Allah, kami telah menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya masuklah kami ke dalam golongan mereka yang rugi " ( Surah Al-Araf ayat 23 )

Doa Selawat Mohon Rezeki Yang Luas Dan Akhlak Yang Baik :
" Ya Allah, semoga Engkau melimpahkan kesejahteraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat melapangkanrezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabat serta berikanlah keselamatan. "


Ubat Keresahan Jiwa

~ Membaca dan Mendengarkan Al-Quran

~ Menyayangi Orang Miskin, Rasulullah memerintahkan kepada muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin

~ Melihat Orang Yang DiBawah, Jangan Lihat Ke Atas

~ Menjaga Silaturahim

~ Mengatakan Ynag Haq (Benar) Sekalipun Pahit

~ Menjauhi Hutang

~ Sentiasa Berfikiran Positif


KENAPA KAU MERASA RESAH??

Kerana kau jauh dariNya..... andaikan binatang peliharaan yg jauh dari tuanya.... pasti kehidupan binatang itu tak berfungsi dengan baik tanpa tuannya...

begitulah kita... kembalilah kepadaNYA.... hanya DIA yg Maha Mengetahui permasalahan kamu... dan Maha menyelesaikan masalah.... 

Kita ini ibarat pokok.Pokok memerlukan cahaya matahari untuk hidup.Memerlukan baja yang mencukupi untuk subur dan memerlukan air untuk sentiasa berada di tahap yang memuaskan.Jika tanpa cahaya matahari,baja dan air berkemungkinan pokok itu akan mati dengan cepat atau mungkin ia akan bertahan dalam tempoh masa yang amat singkat.

keresahan bermula dari hati yg gelap dari Nur..... 

maka bajailah hati dengan ilmu agama..

Ilmu itulah penyuluh bagi orang beriman. Hati yang dibajai dengan ilmu agama akan kuat .. dan dalam masa yang sama ia bagaikan air yang mencurah-curah seperti amal kita dalam setiap hari akan perintah Allah itu..Semoga hati yang resah akan menjadi kuat dan sentiasa bersama Allah..Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar..Wallahualam.


Adab

Adab di dalam Masjid

1. Tidak boleh membuat bising di dalam masjid.
2. Tidak boleh melunjurkankan kaki ke arah kiblat.
3. Tidak boleh berada didalam masjid ketika dalam berhadas besar.
4. Tidur didalam masjid mestilah beralas.
5. Masuk kedalam masjid dengan kaki kanan
6. Membaca doa iktikaf di dalam masjid
7. Membaca doa masuk masjid
8. Tidak boleh meminda barang yg telah ditetapkan didalam masjid.


 Adab murid terhadap guru

Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri. Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis. Memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa hormat kepadanya. Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang. Lakukan apa yang paling disegani oleh guru. Hindari dari menyinggung perasaan guru. Mendoakan keampunan dan kesejahteraan buat guru. Selalu menziarahi mereka atau menziarahi maqam mereka setelah mereka meninggal dunia. Mengambil berat dengan mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga dengan tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.
Adab terhadap Allah (diambil dari www.al-azim.com)

1.Anugerah dan rahmat yang diberikan oleh Allah Ta'ala kepada manusia tidak terhitung banyaknya iaitu semenjak manusia diciptakan daripada nutfah (setitis air mani) di dalam rahim ibunya sehingga dia kembali menghadap Allah s.w.t.

2.Manusia hendaklah mensyukuri segala rahmat dan nikmat Allah s.w.t dengan melakukan segala suruhan dan perintahnya dan menjauhi segala tegahan dan larangannya serta selalu memujiNya sama ada dengan kata-kata atau amal perbuatan serta memanfaatkan segala yang dianugerahkan hanya untuk beribadah kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya"
( Surah Ibrahim - Ayat 34 ) 


3. Cara ini merupakan adab kepada Allah s.w.t. sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah (datangnya)......."
( Surah An- Nahl - Ayat 53 )


4. Kaum muslimin meyakini bahawa Allah s.w.t Maha Mengetahui di atas segala-galanya dan sentiasa memperhatikan setiap tingkah laku manusia sehingga hati mereka sentiasa takut kepada Allah dengan mengingatiNya serta mengagungkanNya.

5. Mereka merasa malu berbuat perkara mungkar dan maksiat kepada Allah s.w.t. untuk melanggar apa-apa tegahan dan laranganNya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
( Surah Al-Baqarah - Ayat 152 ) 


6. Kaum Muslimin mengetahui dan melihat bahawa Allah s.w.t. menguasai diri setiap manusia yang sentiasa menyerahkan diri kepadaNya serta bertawakal kepadaNya . Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" .... Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal , jika kamu benar-benar orang yang beriman ".
( Surah Al - Maidah - Ayat 23 ) 


7. Kaum Muslimin mencari akan rahmat dan kasih sayang Allah dengan merendahkan diri dan sentiasa berdoa mencari keredhaanNya dengan ucapan dan amalan yang soleh.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : " ..... dan rahmatKu meliputi segala sesuatu...." .
( Surah Al-A'raf - Ayat 156 ) 


8. Setiap amalan yang soleh dan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaatan yang bersungguh-sungguh akan dibalas dengan pahala yang berlipatganda serta dijanjikan syurga yang kekal selama-lamanya .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya , maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan ".
( Surah An-Nur - Ayat 52 )


9. Kaum Muslimin yang sentiasa memelihara adab dengan Allah akan mendapat kedudukan yang mulia dan darjat yang tinggi serta mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah s.w.t.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar