Makanan Otak




1. ikan :

Ikan Salmon merupakan sumber asid yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya 2 kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.


2. Telur :

Telur merupakan sumber protein yang sangat mudah. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.


3. Kacang :

Kacang dan mentega yang mana kacang kaya dengan Vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf. Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.


4. Buah - buahan :

Buah-buah seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung didalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.


5. Daging :

Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

6. sayur-sayuran :

Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.


7. Protein dan Vitamin B :

ia ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya denga protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar