Gandingan yang mantap | Aaron Aziz |Maya Karin

orang len dh jemu dh tgok citer ombak rindu.. aku baru je semalam tgok... ye la .. ramai sgt duk kate citer tu best... sampai nangis2 la.. aku mulai xpercaya.. tp..

bila ramai kawn2 aku duk sembang pasal citer tu... aku try la mntak citer tu ngan depa... semalam xdak buat pa pun.. relaks ja.. so layan citer ombak rindu dulu.. nk tengok tahap sedih dia.. same sedih x ngan citer nur kasih.

permulaan citer aku tgok hero mmg dr asal jahat dan aku kesian kat maya...

kat tgh tu.. mcm biasa la... xla sedih sgt.. tp geram kat mamat tu( Aaron Aziz) sebab kejam sgt ngan maya.. huhu..

hampir kpd konflik aku mula angkat koler baju aku... bukan ape... nk lap habuk kat mata...
hehehe

lastly tetibe je baju aku basah kat koler... aiseymen.. hujan la.. hahahaa...

fuh.. sedih giler... aku sedih sebab maya... wanita kg yg rela mengahwini lelaki utk lari dari dosa..

disebabkan dia, haris ( Aaron Aziz ) berubah mnjadi seorg bapa yg baik.. dan bertanggungjawab.. konflik kisah antara maya n lisa amat mennyentuh hati sanubari wanita .. aku ase.. sume ladies yg tgok mmg nangis kaw2... sebab lelaki pun ade jgak mnangis krn.
watak sedih ni ade pada maya n lisa...

yg aku paling suka watak maya... dgn mate dia yg bulat.. dan keagamaan yg ade.. buat aku teruja.. dan mengerti keadaan dia.. so feel la.. ca nk tgok skali lg ja. tp exam.. xleh.. kena fokus exam plak..

haha.. k la geng... ES nk stdy jap..
doakan ES brjaya...
amin...
wassalam.. :)




LIMA | LANGKAWI

sebut je LIMA.. mesti kat langkawi.... langkawi... langkawi.... mmg lgkawi punhaha.. tp.. ape yg best LIMA nih...

Sape tau LIMA tu ape?? ha.... tau xpe..

yang mane xtau tu pandai2 la korang google2.....

best giler la p sane... bukan ape.. naik ferry free... makan free... tempat tdo free... masuk kawasan LIMA punya exhibition free... hampir segalanya free... haha.. best kan.

sape x p lagi jangan risau... program tu masih lagi ade kat langkawi nun... untuk orang awam aku ase dia akan buka pada 8-9 haribulan 12... so sempat lagi la... p la.. xrugi... bile lagi kan kita nk tgok kapal n kapal terbang dari dekat.. bleh sentuh2 lagi..

kapal terbang US , RUSSIA N len2 negara punya kapal perang sume kat sane... siap ade pertunjukkan lagi... haha

ES xmau cakap panjang la... ES nk letak gmbar yg ES amik kat sane... Korg jangan jealous dah.. haha

Hijrah Adalah Satu Transformasi yang baik


وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللّهِ يَجِدْ فِي الأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا

إِلَى اللّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلى اللّهِ وَكَانَ اللّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrahkepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An-Nisa' 4: Ayat ke 100)

Alhamdulillah... sampai jugak kita maal hijrah yang ke 1433 kali ni...
cuba same2 kita check balik diri kita... sy sendiri.... brp bnyk kita tertinggal atau sengaja kita tinggalkan suruhan Allah selama ini..
banyak ke.. ckit ka... tp jumlah itu x pnting... yg pnting bila mau berubah?? dan bila nak bayar balik hutang kita dengan Allah..??

perubahan utk kearah yg lebih baik xperlu lah kita tangguhkan.. sebab mati ajal maut bukan ditangan kita..
fikir kan lah... penangguhan menyebabkan lagi banyak dosa yg kita akan kumpul..

kenapa kita xtangguh mase kita makan.... sebab kita akan bertambah lapar kalau lama xmakan...
kenapa kita xtangguh utk mase kita tido.. sebab nanti ia akan melemahkan tubuh kita...
kenapa kita xtangguh untuk buang air kecil... sebab nanti kita akan rasa xselesa dan sakit..

begitu jugak kebaikkan.. lg kita tnggh lagi susah kita nak berubah..

so fikir2 kan lah.... haha.. aku pun same cam korg.. ade masalah sendiri... so same2 kita kongsii... wassalam...

*bukan nk mengajar.... saje nak bagi ceramah... -- ayat xleh blah..haha


Naik bot pergi solat Jumaat



korang pernah naik bot p solat jumaat.?? aku rase satu dalam sejuta kot.

tp memang ade... bukan sorang2... satu kampung pergi solat jumaat naik bot.. pergh..
masjid kat pulau ke diorang ni.. sampai dah xpergi masjid kat daratan...

persoalan kan...ha... tp semua kat atas aku tipu ja.. hehe...

actually diorang pergi masjid naik bot sebab banjir besar...
berlaku kat negeri aku sendiri.. kat Tumpat Kelantan... sape org kelantan ?? angkat tgn..keke

Kira-kira 70 penduduk Kampung Simpangan Hilir, Pengkalan Kubor, dekat sini, terpaksa menaiki bot dan sampan untuk menunaikan solat Jumaat selepas kampung mereka ditenggelami banjir.

penduduk tetap menunaikan tanggungjawab masing-masing walaupun terpaksa bersusah payah ke masjid.Setiap tahun penduduk akan menghadapi banjir, malah menaiki bot atau sampan ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah sudah mnjadi tradisi sejak masjid ini di bina pada 1991. o.. dah lama upenye..

semangat betul org2 kg untuk pergi bersolat.. tp itu lah yg terbaik kan. kat tempat kita ni yg xbanjir dan xde ape2 masalah pun malas jugak nak pergi masjid or surau... ape kes plak tuh..

nikmat Allah dah bagi... tp masih lagi malas nk buat ibadat.. apekan daya la kan.. dah dasar pemalas.. terasa ke korg yg duk baca ni.. aku dah lama dh terasa nih.. kiki..

same2 la kite memperingati... :)

so ape yg penting...
-- bersyukur la dgn kesengangan yg ada.. jgn khianati nikmat tersebut.. --

70,000 peluang kerja !!

Strategi Biomas mampu jana RM30b menjelang 2020

KUALA LUMPUR: Strategi Biomas Nasional yang dilancarkan semalam menyediakan 70,000 peluang pekerjaan baru, selain menjana RM30 bilion pendapatan baru kepada Malaysia menjelang 2020.

p/s ::::: Moga peluang pekerjaan ini diberikan kepada Anak Tempatan Malaysia bukan orang asing. :)

Air kotak bahaya??



pagi2 lagi dak2 sekolah dah sakit perut.. ape kes??
sebab minum air kotak rupenye... nk kata expired ... air kotak baru ja lagi... then tarikh luput pun lmbt lg..

info dari Berita Harian :

Kejadian membabitkan 16 murid perempuan dan lapan lelaki dari Tahun Dua hingga Tahun Lima yang mengadu mengalami simptom itu selepas minum susu kotak di sekolah mereka pagi ini.


Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata, sehingga 1.30 tengah hari tadi, lapan orang iaitu empat lelaki dan empat perempuan masih ditahan di wad, manakala yang lain sudah dibenarkan pulang.

"Keadaan lapan murid terbabit adalah stabil," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, mereka mula mengalamai keadaan itu kira-kira 9.15 pagi, iaitu selepas sejam setengah meminum susu kotak berkenaan.

"Jabatan Pelajaran masih menyiasat kejadian itu, manakala susu yang dibekalkan pula masih baru dan belum sampai tarikh luput," katanya.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, ketika dihubungi, berkata pihaknya sudah mengambil sampel susu tersebut untuk ujian........................

p/s : Air kotak ape la yg diorg minum...

UniMAP harumkan nama Malaysia

Aku pun ade cita2 nak reka satu benda yg baru... still in process........ loading. . . .

London, 24 Okt : Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengharumkan nama Malaysia apabila menerima Anugerah Khas Berlian iaitu anugerah tertinggi pada Pameran Ciptaan, Inovasi dan Teknologi British (BIS) 2011 di London yang berakhir kelmarin.

UniMAP memenangi anugerah itu melalui produk penghasilan simen dan konkrit yang mesra alam iaituA Novel Environmental Friendly Cement and Concrete yang dikemukakan oleh penyelidik dan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan UniMAP, Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah.

Turut menjayakan penyelidikan produk itu, yang juga penerima Anugerah Emas pameran tersebut, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Beliau merupakan penyelidik bersama untuk meletakkan universiti itu mengungguli kedudukan pingat bagi penyertaan dari Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

*sumber -GZDaily

p/s : bangga ngan unimap...^^

Kerana Lipstik.. ouchh..




punah2.. ape nak jadi ngan dunia skunk.. macam2 yg difikirkan xlogik berlaku..

ini la jadinya kalau islam xjadikan sebagai pedoman hidup.. iman entah kemana.. perasaan sabar lagi la xde ..

hanya kerana lipstik.... anak dipukul oleh ibu kandung... tau beza tak LIPSTIK dengan ANAK??

9 bulan sanggup kandung dalam perut... last2 kerana LIPSTIK yg dikatakan agak mahal tu pun sanggup pukul anak sampai MATI.... hadoih..... pe kejadah la.. LIPSTIK bila2 pun boleh beli.. ANAK?? ingat leh beli ngan duit ke???

sory to say la bro.... nak lahirkan sorg anak bukan main susah..

bengang2..!!! bengang aku baca berita pasal kes nih... unsangkarable...

baca kisah ni.. :

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".


p/s : bersikap sabar itu separuh dari iman...

Murid tahun 1 merompak!


hebat giler budak nih.. kecik2 dh merompak.. besar xtau la dia buat ape... entry hari ni aku malas nk sembang pnjang.. korg baca la entry yg aku amik kat berita harian neh..

benda ni berlaku kat Putrajaya..

“Kegiatan murid Tahun Satu dan Dua itu terbongkar selepas mereka dikatakan mahu memulangkan semula CD diambil dari satu kediaman kepada rakan sepermainan yang juga anak mangsa. Anak mangsa yang curiga, memaklumkan tindakan dua rakannya itu kepada bapanya, sebelum polis menahan suspek di rumah mereka antara jam 5 petang hingga 6.30 petang 28 Oktober lalu,” katanya semalam.

Abdul Razak berkata, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk dua topi, tiga pemacu pen, serangkai kunci rumah, dompet, wang tunai RM14, dua pasang kasut kanak-kanak dan kereta kawalan jauh yang dipercayai dibeli dengan wang curi, di rumah suspek.
Katanya, hasil soal siasat, kanak-kanak terbabit mengaku terbabit dalam 26 kes pecah rumah walaupun sehingga kini polis hanya menerima satu laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, kedua-dua suspek terbabit sudah dibebaskan pada hari sama selepas percakapan mereka dirakam.

“Ibu bapa suspek mengetahui kegiatan kanak-kanak itu, namun tiada laporan polis dibuat kerana semua barang dicuri termasuk basikal, komputer riba dan alat permainan video diarah dipulangkan semula kepada pemilik asal,” katanya.

Justeru, polis akan memaklumkan penahanan murid terbabit kepada pihak sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut termasuk proses kaunseling atau dihantar ke pusat pemulihan akhlak.

p/s: merompak ke mencuri..??? huhu

53,300 lembu disediakan untuk korban


Bekalan lembu hidup dijangka mencukupi untuk ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin.

harga ayam runcit/sembelih adalah RM7.80 sekilogram, daging lembu tempatan RM22.50 sekilogram, daging kerbau India RM12 sekilogram, daging kambing tempatan RM32 sekilogram manakala harga daging kambing import RM28 sekilogram.

hoho... xsabar aku nk makan gulai kambing... lembu.. ayam... pergh... ase cam nak balik kg la ni jugak...

tp apekan daya.. terpaksa pg kelas.. haha
erm...
take note kawan2 pasal harga tu....... t kan ade plak jual dengan harga yg mencekik darah dan memerah darah lak nanti.. huhu.. mane la tau.. time raya ni la peniaga amik untung...

ha lau kau x caya korang tepon la tanya kat pengarah tu.. jgn tanya no fon dia kat aku.. korg cari la sendiri... sekian..

p/s: selamat menyambut hari raya haji... dan selamat pulang ke kampung masing2..

Khasiat Budu

Budu pun ade khasiat ke..?



patutla org kelantan sume sihat2... comel2.. haha... sebab makan budu rupenye.. aiseh..
lame dah aku xon and postkan benda2 baru kat blog aku nih... almaklumlah.. bila dah masuk degree ni terasa sangat ketat jgak la jadual.. adei..

td ade terbaca pasal budu ni.... so... dapt point... postkan benda ni kat blog.. benda baik ape salahnye kita kongsi2 kan.. haha... tp bukan nak citer pasal citer kongsi la... yg tu leh tgok kat pawagam la brother.. hehe..

budu... agak sinonim la ngan geng2 belah kelantan ni.. haha.. yupppp memang budu ade khasiat..

meh aku citer ckit..

Jepun pun buat kajian budu... haha... orang kita plak bangga makan makanan Jepun.. ape ke hei...

Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman m'dapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.wah.. hebat2..SUBHANALLAH...

Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara. hoho.. ini baik utk wanita... hehe

Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.

Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi. Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut...

patut la ramai budak2 kelantan pandai2.. hehe... bangga aku jd salah satu budak kelantan.. keh3..

p/s : jom kita pakat2 beli n makan budu... bnyak khasiat kat dalam budu... haha

Safee sedia galas amanah besar

Safee Sali bakal pengganti Craig Bellamy di Cardiff City.

pergh.... mantap la safee... walaupun belum terpilih tp dah ade dalam calon2 pemilihan utk peringkat yang lebih tggi.. harap2 dia terpilih dan membwa nama baik negara dengan gemilang..

Impian itu dilihat cukup besar untuk digalas Safee yang akan menjalani ujian pemilihan bersama kelab Liga Kejuaraan England tersebut kira-kira dua minggu bermula hari ini hingga 27 September.

Bagaimanapun, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, penyerang sensasi skuad kebangsaan itu akan berusaha menampilkan prestasi terbaik bagi memikat hati panel pemilihan Cardiff.
Jelasnya, jika gagal menyarung jersi Cardiff musim ini, Safee tetap tidak akan berputus asa untuk kembali mencuba nasib pada musim depan.

Safee dijangka berlepas ke Cardiff City dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.35 pagi tadi selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya, Pelita Jaya bagi menjalani sesi pemilihan tersebut.
Selain Safee, kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim juga dilaporkan akan turut menjalani sesi pemilihan bersama Cardiff selama tiga minggu pada hujung Oktober depan.

p/s : menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik bukannya mudah.. :)


Nasha teruja jadi ibu


TIDAK dapat membayangkan bagaimana agaknya apabila aktres dan model jelita Nasha Aziz menjadi seorang ibu.

Namun, itulah kelebihan menjadi seorang pelakon seperti Nasha kerana dia boleh menjadi sesiapa sahaja di layar lakonan.

Menerusi siri televisyen yang kini sedang hangat ditayangkan di TV3, Supermak, Nasha berpeluang melakonkan karakter ibu kepada dua orang anak.

Namun, dia bukan sembarangan ibu tetapi ibu yang mempunyai kuasa luar biasa, malah dia boleh dikatakan seorang adiwira.


SUPERMAK!!!! haha.. adei.. macam2 citer la kat tv skunk ni.. mak pun leh jd hero.. hek3..

P/S : ni je aku leh post hari ni.. hek2..

makan malam after Terawih


"toink3!!!!!!!!!!!!! .." bunyi ringtone msg kat handset aku..haha

"read message" aku tekan.. " jom kuar minum air. nk?" dari Cikgu Din... haha.. kawan sekelas ku..
dipendeekkkan ceritas.. aku n 3 org kwanku yg len p la cari kedai makan yg bleh dikatakan syok la jugak..

"makan collek sedap jugok nih.."
sampai je kedai pertama... fuh lamak... penuh kot.. siap dah ade tggu turn lg nk makan kat kedai tuh...

planning nk mkn kat kedai tu gagal buat kali pertama.. xpe... ade lg kedai kat depan simpang sane..

next kedai pun penuh jugak.. adei... xpela... tggu je la sampai ade meja kosong..sambil2 beratur amik order..

sedap sungguh collek 'pelempung+ayam+ikan+macam2 lagi.. ' haha.. memang sedap.. licin kami makan.. alhamdulillah..

lame dh aku x merasa makanan tuh.. tengah2 bulan pose ni aku p plak ah... ajak my family plak.. haha..

p/s : sape org kelantan.. jom p makan kat Lundang.... kedai steam boat n collek ade bnyk kat situh.. haha..

Pagi sahur yang pertama


azam malam pertama puasa :

~ tdo awal.... kul 12 bru nak tdo.. adei..haha
~ beli makanan yg aku minat.. makan sampai puas..
~ planning jadual berbelog...itu yg penting..
~ mencari idea2 posting sempena bulan Ramadhan.. susah tu..
~ cari kerja atau duk umah....?? tgh pk lagi...
~ berbuka puasa and sahur nanti dgn hidangan yg simple mimple ja..lau wat macam dulu.. memang bazir.. adei..
nafsu2..ish2..:(
~ tadarus Al-quran.... :)
~ kuatkan semangat tuk tidak mengorek idung yg sgt gatal nih.. haha
~ terawih yg paling bnyk pd thun nisetakat yg mampu..

hoho.. susah nk buat nih.. ape2 pun.. cuba.. jom kawan2ku.. same2 tingkatkan amalan kita..
sokongan moral diperlukan disini.. hehe ^_^

p/s : fuhh... ngantuknye berbelog waktu lepas sahur nih... hehehe :)
MOTIF UTAMA HARI NI AKU NAK UCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA KENALAN... DAN BLOGGER SEKALIAN...^_^

Marshanda ambil keputusan bertudung




Setiap kali berdoa, Andriani Marshanda atau Marshanda yang mengambil keputusan bertudung lebih setahun lalu enggan menyesali keputusan besar yang mengubah seluruh perjalanan hidupnya.
Dia yang berketurunan Minangkabau, berusia 22 tahun, juga tidak ingin kembali menoleh laluan silam tatkala bertekad menyerahkan seluruh misteri hidupnya kepada Allah.

hoho... suke nye ade artis dah mula mengubah seluruh hidupnya untuk bertudung dan mengamal kehidupan Islam yg wajib dilakukan pleh setiap Muslim dan Muslimah..

ha.. yg ladies2 kat luar sane tu.. insaf2 la... pelakon pun boleh berubah... apsal korang xleh plak..
semua di tangan kamu semua ladies2.. nk famous pun.. jgn sampai buang agama.. jangan ikut sgt artis-artis skunk nih.. berpakaian ... ish.. teruk2.. ayam pun xpernah tunjuk peha dia... haha

org tegur2 nih... bnyk lak komen dia.. itu la ini la.. ha.. meh aku nk jawab.. baca kat sini..

bertudung-vs-tak bertudung

p/s : jom same2 nasihat menasihati..^_^..

Ramadhan itu puasa



Ramadhan itu puasa... ape makna disebalik Ramadhan sebenarnya... kenapa perlu berpuasa..

wahai manusia... dan seluruhnya.. setiap perintah dan laranganNYA... pasti ada hikmah dan kebaikan utk manusia.. jika kita benar2 beriman denganNYA..

tanyalah diri.. bagaimana keadaan kehidupan kita sekarang...?? adakah sama atau hampir sama atau mirip2 hampir dengan kehidupan Nabi kita..

ade same ke... cuba bygkan... sedih bila kenangkan kembali zaman kita ini.. ramai yg jauh... jauh dari kehidupan sebenar Islam..

xrindukan Nabi Muhammad ke?? brp kali sehari kita menyebutkan namanya... dan berselawat dengannya.. pastikah kita sungguh2 mencintai baginda???

tepuk dada tanya iman kita... kalau setakat org azan kita buat xtau je... xde maknenye kita cintakan Nabi.. lau yg tu pun xde respons... ukur la diri kita pada tahap mana.. hujung kuku pun ase xlepas... so sempena puasa ni... jom same2 kita hampirkan cara hidup kita sehampir yg mungkin kepada Rasulullah S.A.W..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



jom berdoa semoga Allah Memberi taufik dan hidayah kepda kita....^_^


ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

BerDoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

(Surah Al-A'raf 7: Ayat Ke 55)



p/s : jom berubah utk kebaikan bersama..^_^

Wanita banyak pilihan



assalamualaikum.. semua.. ape cer ni... ladies bnyk pilihan lak.. adei.. susah hati la..
lelaki kat Malaysia ni kena brebut la ckit... adakah sukar.. adakah senang... yg penting.. pelihara hati.. hati yg baik.. utk psgn hati yg baik..^_^

sekalunk... Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita. hoho.. ape sudah jadi..!!


Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).

Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010 di sini, semalam.

Aleesya Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz Meninggal Dunia


Innalillah hi wa inna ilai hira ji un.. kemurungan pun boleh bawak mati..

Aleesya farhana Meninggal dunia akibat serangan jantung. Aleesya farhana atau nama sebenar Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesya Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 25 Julai lepas telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital malam tadi kerana serangan jantung dan tekanan darah rendah. Al-Fatihah.

Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah,

18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana
Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

sumber : Berita Harian

Gadis memasuki alam perkahwinan lebih lambat




hohoho.... betul ke akan berlaku...???

erm.. dah berlaku pun.. skunk ni pun bnyk lgi andartu2 di luar sane.. bukan xlaku.. bukan jual mahal..

cuma bnyk mengejar kerjaya masing2.. hingga terabai hal2 mcm tuh..



sejak dari tahun 1990 lg... kemasukan ladies ke IPTA2 semakin meningkat... semangat diorg belajar... mane lelaki2?? duk umah ka... haha

start dari thun 1990 sampai la skunk jumlah ladies masuk u xpernah turun.. makin bertambah adela... haiz... mane pergi sume laki nih... erm.. lau ikut fakta ladies lebih majority lebih kurg 65% dan laki hanya 35% ja.. hoho... ape sudah jadi..

untung la laki yg dpt masuk u.... haha.. 1 org dpt 4 couple.. kawin 4 empat terus.. haha.. kalau boleh la... tp memg patut aku ase... lau x... xdela... andartu2 diluar sane... ngeh3..^_^

kita dh di akhir zaman sebenarnya.. lau ikut hadis Nabi Muhammad kita.... memang benar.. skunk lah masenye.. tggu kiamat ja...

sejak akhir2 ni aku tgok ladies ramai yg pakai mcm xpakai baju dah.. adei.. dh la depa ramai.. kebanyakan pakai pelik2.. haiz... patutla maksiat bnyk berlaku... sebab ladies la.. lau xtnjuk xkan laki nk pegang.. tul x???

laki memg leh sbar.. tp lau tiap2 hari ... susah tuuu... yg ade iman yg kuat je sggup tahan...

utk ladies... sempena bulan2 puasa ni.. cuba2 lah pakai yg lebih elok.. pakai yg ikut syarat Islam.. bukan ikut style masing2.. berbelit2 kat tengkuk... tp dada tetap gak nampak.. ape la..
ikut lah cara betull...


p/s : jom same2 kita berubah ke arah yg lebih baik demi kesejahteraan bersama..

Malaysia Gagal di Pusingan Ke - 3


Adoi.... kalah lagi...

Pasukan Malaysia kalah dengan agregat 6-4 di depan hampir 90 ribu penonton, malah menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayangkan kad merah pada minit ke-93.

aku ase pemain kita ni boleh je kalahkan geng singberpura2 tu.. mgkin terlalu yakin utk menang di padg sendiri...

biasala... main tempat sendiri lebih yakin.... n selesa...
tp kalah jugak.. dah xde rezki kali ni..

xpe... aku yakin pada masa akan datang Malaysia akan lebih bersedia dgn pemain2 yg bakal menjuarai piala dunia suatu hari nanti...

semua tu memerlukan usaha n semangat yg tggi.... lau x... xkan sampai.. tgok la contoh ahli sukan kita.. mcm Dato Lee Chong Wei .. beliau memang seorg yg berdisiplin.... dan bersungguh2 dalam setiap latihan n perlawanan...

hope kita akan lebih maju dalam arena sukan...

p/s : nak sejuta daya.. xnak berjuta2 dalih.. haha

Jom Tengok Wajah Baru Friendster


oho.. terkezut aku...

saje je bukak friendster.. dh berbulan xbukak.. hampir setahun kot...

nasib la ingat lg pasworrd nk masuk fs aku nih...

lawa la jugak wajah baru fs nih.. tp... aku pening nk guna benda alah ni...

sape tau guna benda ni???

nampak cam bnyk main game je... xmacam fb...

fening2....... xpaham smpai skunk... adei...

p/s : semacam twitter pun ade.. haha

UniMAP rai 35 pasangan pengantin


35 pasangan pengantin termasuk sepasang pengantin berketurunan India diraikan oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada majlis khas yang berlangsung di Dewan 2020 mlam td..

Mereka terdiri daripada kakitangan Unimap yang berkahwin sepanjang 2010 sehingga kini termasuk yang berkahwin dengan rakan sekerja.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat ke majlis meraikan pasangan-pasangan itu yang disandingkan di pelamin khas secara beramai-ramai.

Ketika bertitah di majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor Unimap berharap pasangan pengantin baru dan lama itu bijak mengurus serta mentadbir rumah tangga supaya mereka kekal hidup bersama dan bahagia sepanjang hayat.

Titah baginda, kegagalan mengendalikan rumah tangga akan menyebabkan kebahagiaan yang dibina lebih rapuh dan mudah berlaku perceraian.

"Jadikanlah perpisahan itu sebagai jalan keluar yang terakhir setelah semua saluran telah digunakan untuk menyelesaikan apa jua persoalan,” titah baginda.


p/s : ramai oo dh kawin... bila lak giliran kita nih... hehe

sorry that i love you | sedih la





assalamualaikum semua..

hari ni punya la cbuk.. p mai2 macam menteri dah aku ni.. first p pusat sukan sal nak tempah court bdmnton.. amik racquet baru nk letak tali.. then p makan ngan member.. then bnyk lg.. dah la satu2 tempat tu jauh la maknye... susah aku nk citer kejauhannya itu.. ces..

abis je makan kat kedai nasi termurah tu mula la start motor kwn balik hostel..
sampai je kat umah.. terdengar lagu omputih yg agak menarik perhatian aku untuk fokus mendengrya..


I'M SO SORRY THAT I HURT YOU...~
SORRY THAT I FAIL THROUGH..~
SORRY I WAS FALLING IN LOVE WITH YOU...~

pergh....
then aku trus masuk n tanya kawan chinese aku.. "ape tajuk lagu ni Alex??"

"sorry that i love you"..

erm.. terus je aku on laptop n search... fuhh.. best ar... sedap lirik dia..
yg aku paham pasal lagu ni..

lelaki yg pernah menyukai wanita itu diwaktu dulu...lelaki ni cuba memikatnya duluu..
dulu pernah jugak melalui saat bahagia bersamanya.. tp wanita itu tidak sedar akan waktu itu..

tp sekarang.. lelaki ni dah xde lagi cinta itu... dan wanita itu pula mulai sedar perkara yg berlaku dulu adalah cinta....

I'M SORRY THAT IT CAME THROUGH..~
BUT SORRY DOESN'T TURN BACK TIME..~

adei.... xleh la.. xleh nk ulang balik dh cinta yg pernah dsemai dulu..
sorryy2..

sedih la.. adei..
ape2 pun.. ku doakn kamu bahagia yep.
maafkan sy selama ni buat awk sakit hati.
please... give me one chance..


meh nak bisik : teringat kat dia la.... ^_^

Permohonan Murtad | Makcik Kamariah

permohonan seorang pengikut ajaran sesat, Ayah Pin ( Kamariah ) ditolak oleh mahkamah Rayuan hari ni...

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma”ah dan Datuk Clement sebulat suara menolak dengan kos rayuan bekas ustazah, Kamariah Ali, 60.

Panel hakim tersebut bersetuju bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Tan Sri Md Raus Shariff (kini hakim Mahkamah Persekutuan) bahawa perkara itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah mengikut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan mengenai perkara berkaitan Islam.

Mahkamah itu menolak rayuan Kamariah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Disember 2005 mengetepikan saman pemula dan permohonannya untuk merujuk persoalan berkaitan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim Azhar berkata, oleh kerana perkara yang dibawa kepada Mahkamah Tinggi ialah murtad maka ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil..

ish2... org sume nk mauk Islam ade jugak nak kluar dari Islam... sedarlah wahai makcik yg dah tua ... insafla... tunjuklah tauladan sikit kat anak cucu...

ape nak jadi la ngan makcik nih aku pun xtau.. same2 lah kite berdoa agar diberi taufik dan hidayah...

p/s : semoga kita jauh dari perbuatan tersebut..amin^_^

Wujudkan strategi bersepadu atasi rogol | Boleh ke?

Satu strategi bersepadu bagi menangani kes jenayah rogol terhadap kanak-kanak perlu dibentuk dan ia harus bermula dari rumah, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, semua pihak harus bekerjasama menangani kes jenayah itu, yang kini membimbangkan, kerana statistik polis menunjukkan tujuh daripada 10 mangsa rogol melibatkan kanak-kanak.

"Masanya sudah tiba untuk seluruh komuniti Malaysia bangun menentang jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek ‘Khidmat Cegah Jenayah dan Gaya Hidup Sihat Masyarakat’ anjuran syarikat Lions Group di sini hari ini.

Hoho… bagusnye pandangan diorang.. memang mantap ar.. nak wat strategi bersepadu la…

Pastu plak nak suh semua komuniti Malaysia bngun tentang jenayah seksual.. haha.. wei.. cmner mau tentang.. diorg nak rogol baru nak tentang.. ape punya idea la..

Skit2 nk wat program itu n ini.. strategi bersepadu lak tu.. ape yg nk disepadukan ..

Mane perginya undang2 negara yg disokong dan dihormati tu.. lau undang2 mantap.. mesti kurg punya kes jenayah..

Pk la.. aku bg contoh motor la.. same la cam motor… lau guna cara betull.. mesti kurg masalah kat motor.. buat maintenance betul… kerosakan motor dapat diminimizekan..

Same la manusia.. guna la undang2 yang mencipta manusia.. confirm xde masalah..


polis pun xbnyk kerje… askar pun xpayah kuar dari hutan nak tolong polis jaga rakyat plak..

betul x?? sape sokong??

P/S: bukan marah.. nk sruh fikir sejenak..^_^


alamak!! bahaya ni | Otak mengecut

assalamualaikum semua..
nih nak habaq ckit..



Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut..

Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.

Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet..

wah...!! ni dah serius ni... otak mengecut di bahagian korteks..... bahagian ni penting kot..

fungsi korteks :

memproses ingatan
memproses emosi
memproses pertuturan
memproses penglihatan
memproses pendengaran
lastly...mengawal pergerakan anggota manusia

so dangerous.. kepada kawan2 blogger ku... and sape2 skali pun... kurangkanlah duk kat depan laptop sambil on9 lebih2... bahaya2...

buruk kesannya..

p/s : berwaspada ye... aku syg kwn2 ku..

Ramai suke lagu nih | Istiqarah Cinta


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta

Tajuk Nasyid : Istikharah Cinta
Artis : Sigma
Album : Istikharah Cinta


memang lagu best... laagu ni aku dgr kat satu blog ladies.. aku lupa blog dia.. bukan sngaja lupa.. tp mmg terlupa.. harap aku jumpa lg n ingat blog dia..

ape2 pun aku suke lagu nih.. tgok la lirik dia... yang aku faham melalui lirik ni seorg laki yg sgt mencintai seorg wanita.. dan dia memohon darpda Allah dalam solatnya di tgh malam memohon dan mengharapkan pertolongan dari Allah... demi cinta nya yg suci..^_^

susah nak cari lelaki mcm nih skunk ni.. tul x ladies..

suka kat pompuan pun kena mintak dgn Allah.. ha.. Allah sgt suka setiap org yang meminta dan memohon darinya.. so pintalah darinya.. dari sekecil-kecil permintaan mu sehingga lah sebesar-besar permintaan mu... dan bersabar lah diatas nya... InsyaAllah Allah perkenankan.. dan Allah akan memberi yg lebih baik drpada yang kamu sangkakan...

p/s : beristikarah lah... agar hati mu tenang..^_^

komen melebihi 500 dalam post facebook

assalamualaikum sume.. ha.. hari ni xde pe2 citer sgt lah kat entry aku nih.. huhu biasa la.. lau xkuar jengjalan xdela citer. duk umah je.. on9.. ^_^

hari ni aku nk kongsi ckit pasal posting aku yg 2 hari lepas.. korg tau kan ape yg trjadi.. dah lebih 500 komen aku dapat dlm post trsebut.. huhu.. tanjat aku.. hari ni.. aku cek balik.. dah lebih 600 komen plak dah.. hangat giler la post aku.. hehe..


memang hangat posting nih.. biasala.. org muda2.. lau ckp bab kawin.. ramai je.. especially ladies.. suke sgt depa.. haha.. sape yg x baca lg pasal post aku tentang kawin awl vs maksiat .. klik la link nih.... hehe semoga terhibur..

p/s : lau dh ade calon n duit.. kawin je.. walaupun duit ayah..ngee...

Tajuk Khutbah Hari Ini | Teman Bertaqwa Membawa Ke Syurga


Assalamualaikum dan selamat petg kengkwan...
alhamdulillah... selesai jugak kita menjalani ibadah sembahyang jumaat di Masjid masing2 yaa..

cukup menarik tajuk khutbah hari ini... teman bertaqwa membawa ke syurga... herm.. macam mana teman bertaqwa tu... bagaimana nak cari teman cam tu.. cukup susah buat masa sekarang..

aku pun belum lg sepenuhnya menemui teman seperti itu.. tp ade jugak segelintir yg aku temui.. yang baik2.. tp adakah betul mereka.. insyaAllah.. aku harap diorg teman yg bertaqwa yg boleh beri kesan kepada diriku sendiri.. dan yang2 len..

sempat juga aku tangkap beberapa point utk dikongsikan pada petg ni utk teman2 muslimah dan muslimin yg buat2 cuti tuh... ^_^

Hadis Nabi Muhammad S.A.W.. yg bersabda.. " Teman yg baik dan yang tidak baik itu diibaratkan seorg penjual minyak wangi dan seorg peniup api.. "

so kalau teman kita ni seorg yg baik yg diibaratkan penjual wangian.. kita juga akan merasa wangi.. atauu kita dpt membeli wangian drinya...

dan kalau teman kita ni seorg yg tidak baik.. yg diibaratkan peniup api.. sesungguhnya peniup api itu busuk baunya.. dan bau yg busuk itu pasti melekat meskipun debunya shj pasti melekat..

jadi cari lah teman yg baik dan bertaqwa..

tambahan lagi teman yg paling rapat iaitu suami dan isteri..

ramai yg berkahwin atas dasar 4 perkara.. :

1. rupa paras
2. harta
3. keturunan
4. agama

sesungguhnya wanita yg ada asas agama adalah yg perlu diberi perhatian.. kerana agama kekal buat selama2nya.. manakala yg len adalah sementara...

alhamdulillah.. dapat jugak sy kupas ckit sebnyk dri khutbah yg telah sy dgr td.. harap menjadi panduan kepada kita semua ye....

p/s : carilah muslimin dan muslimah yg sejati...dari sudut zahir dan batin..^_^

Kawin Awal VS Maksiat

Assalamualaikum semua... selamat pagi jumaat ya... di pagi yg mulia ni aku nak sembang la skit pasal masalah remaja hari ni... level aku la.. sape yg same level ngan aku tu.. baca2 la lau free. lau x.. copy aku nye then simpan lam word.. esok lusa bca lah.. hehe..

ok,

Setiap detik, setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap minit, para remaja di "attack" dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan yang boleh merangsang mereka agar tunduk kepada nafsu. Biasalah bila dah baligh... umur pun sudah meningkat... tanpa godaan pun keinginan tersebut akan timbul juga secara auto... hehe

sape2 pun.. xkira la... lau ade yg leh kawal lg itu lebih ok.. tp kebanyakannya xleh nak kawal.. ha.. susah tu.. tambahan plak artist2 pun ade jugak ... ni kan plak org biasa cam kita ni.. lgi la berlambak.. kondom merata2 jumpa.. biasala.. jualan benda tu pun merata2.. hadoih...

semakin hari semakin teruk aku dgr.. haiz... fening2.. korg bygkanlah... skunk ni dh teruk ... mcm2 perkara berlaku.. buang anak la.. seks bebas sana sini... cuba la fikir 5 7 8 9 10 tahun akan datang... ape lak akn berlaku..

bnyk dah program2 yg dianjurkan kerajaaan... tp masih gak xdgr ckp.. lg bertambah ade la..
aku ase sume yg dilakukan memg betul.. tp kan ade lg cara yg lebih betul.....

kalau nak negara ni aman.. makmur... dan tidak ade sebabrg masalah... kembali lah kita sume kepada AL-QURAN DAN HADIS ......

itu je jalan penyelesaian nya.... xde jln len dah... lau pencipta kereta dah tetapkan peraturan penggunaan keta kita guna ngan baik ia beri kesan yg baik... so mcam mana pulak dengan peraturan pencipta manusia dan seluruhnya iaitu Allah.... ha.. kenapa susah sgt nak ikut.. sape kita nak sombong sgt.. nk guna undang2 sendri.. pk la wei.. otak n akal ade.. pk2...

Maka apakah diantara jalan yang terbaik utk selesaikan masalah ini? Adakah jalan utk selamatkan spiritual remaja-remaja ini?

refer la Al-Quran... -

Islam amat menggalakkan anak-anak muda berkahwin awal. Kerana Islam melihat jiwa remaja pasti akan terancam lebih2 lagi dengan pelbagai godaan yg datang. Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T ada berfirman:

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu....Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.." (24:32)

Memang benar Islam mengajar kita untuk berpuasa dan menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi harus diingat, bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, lebih-lebih lagi nafsu remaja. Oleh itu, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mereka agar menghindarkan diri mereka daripada nafsu...

lau masih ragu2.. tekan maouse anda kat firman Allah tu.. kat situ lebih detailll.^_^

p/s : jom kawin...^_^


30th Royal Commission | Tauliah Di Raja


Alhamdulillah... syukur aku kepada Allah.. kerna dah abis menjalani latihan yang amat mementalkan otak.. dan meletihkan seluruh pelusuk sendiku..dan tubuhku..

tahniah kepada semua yang terlibat yang berjaya melepasi latihan selama tiga tahun sebagai pegawai kadet..

skunk dah jadi Leftenan Muda la kite.. amin2.. so lepas ni ape plak nak plan... aku dh ase xtau ape nk buat.. juz restkan dulu otak2.. n tubuh badan.. haha..

nak habiskan masa tiga tahun ni bukan senang la aku cakap.. kalo xcaye.. tanya la kat org yg dah tauliah tu.. fuh... perit... as example la.. dulu first2 masuk skuad aku dah hampir 100 orang kot..

bila dah setahun lebih je... satu persatu berhenti.. nk wat cmner... mental down.. huhu.. bagi aku xde pe sbenarnya pun... bukannya kena pukul ke ape... juz uji mental .. klau yg jenis2 manja tu... senang2 je nangis... haha..

kite kena set la otak kita.... just do it.. and enjoy it.. bukan susah pun.. untuk menjadi ketua bukan senang... dan untuk senang bukan la senang... betui x?

Tp ade jugak yg nangis.. ladies la.. then yg bagus nye... sampai jugak dia jadi Leftenan Muda.. nak tau sape... ha.. korg cari la sndiri.. mane leh gtau nama.. haha..

ape2 pun kat sini aku nk tygkan la serba sedikit gmbr yg telah diambil selama tiga tahun ni... ^_^ hope u all enjoy it..


latihan menembak M-16 :




LKT - CW : Junior Life





Inter Life :


Senior Life.. : Latihan Menembak GPMG..



tembak.....!!!!! tutututuuttut...


Latihan Menembak Mortar and M2O3...


bom2....

Pertunjukan Tembakan Kuasa di Kem Tentera...




Latihan Kawad Bersempena Pentauliahan Di Raja... kemuncak latihan...


Cik Jasri... our good leader...


..Staf Najat N Cik Jasri..
love u all



hari Pentauliahan....^_^ :

bersama Kapten Shahrol...


my family... yang dtg jauh dr Kelantan... miss u all..





lompat2.... hehe

smart x?



bersama D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar