Safee sedia galas amanah besar

Safee Sali bakal pengganti Craig Bellamy di Cardiff City.

pergh.... mantap la safee... walaupun belum terpilih tp dah ade dalam calon2 pemilihan utk peringkat yang lebih tggi.. harap2 dia terpilih dan membwa nama baik negara dengan gemilang..

Impian itu dilihat cukup besar untuk digalas Safee yang akan menjalani ujian pemilihan bersama kelab Liga Kejuaraan England tersebut kira-kira dua minggu bermula hari ini hingga 27 September.

Bagaimanapun, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, penyerang sensasi skuad kebangsaan itu akan berusaha menampilkan prestasi terbaik bagi memikat hati panel pemilihan Cardiff.
Jelasnya, jika gagal menyarung jersi Cardiff musim ini, Safee tetap tidak akan berputus asa untuk kembali mencuba nasib pada musim depan.

Safee dijangka berlepas ke Cardiff City dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.35 pagi tadi selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya, Pelita Jaya bagi menjalani sesi pemilihan tersebut.
Selain Safee, kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim juga dilaporkan akan turut menjalani sesi pemilihan bersama Cardiff selama tiga minggu pada hujung Oktober depan.

p/s : menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik bukannya mudah.. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar