Permohonan Murtad | Makcik Kamariah

permohonan seorang pengikut ajaran sesat, Ayah Pin ( Kamariah ) ditolak oleh mahkamah Rayuan hari ni...

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma”ah dan Datuk Clement sebulat suara menolak dengan kos rayuan bekas ustazah, Kamariah Ali, 60.

Panel hakim tersebut bersetuju bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Tan Sri Md Raus Shariff (kini hakim Mahkamah Persekutuan) bahawa perkara itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah mengikut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan mengenai perkara berkaitan Islam.

Mahkamah itu menolak rayuan Kamariah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Disember 2005 mengetepikan saman pemula dan permohonannya untuk merujuk persoalan berkaitan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim Azhar berkata, oleh kerana perkara yang dibawa kepada Mahkamah Tinggi ialah murtad maka ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil..

ish2... org sume nk mauk Islam ade jugak nak kluar dari Islam... sedarlah wahai makcik yg dah tua ... insafla... tunjuklah tauladan sikit kat anak cucu...

ape nak jadi la ngan makcik nih aku pun xtau.. same2 lah kite berdoa agar diberi taufik dan hidayah...

p/s : semoga kita jauh dari perbuatan tersebut..amin^_^

3 comments:

terkejut dgn berita tu smlm, umat akhir zaman kan

kalau ikut hukum hudud,orang yang murtad kena hukum bunuh...kalau guna hukukm hudud kopem takde org berani naik turun mahkamah nak murtad..

tu la terkejut mendegrnya... hukum tuhan org persendakan... ni la masalahnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar