Hijrah Adalah Satu Transformasi yang baik


وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللّهِ يَجِدْ فِي الأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا

إِلَى اللّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلى اللّهِ وَكَانَ اللّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrahkepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah An-Nisa' 4: Ayat ke 100)

Alhamdulillah... sampai jugak kita maal hijrah yang ke 1433 kali ni...
cuba same2 kita check balik diri kita... sy sendiri.... brp bnyk kita tertinggal atau sengaja kita tinggalkan suruhan Allah selama ini..
banyak ke.. ckit ka... tp jumlah itu x pnting... yg pnting bila mau berubah?? dan bila nak bayar balik hutang kita dengan Allah..??

perubahan utk kearah yg lebih baik xperlu lah kita tangguhkan.. sebab mati ajal maut bukan ditangan kita..
fikir kan lah... penangguhan menyebabkan lagi banyak dosa yg kita akan kumpul..

kenapa kita xtangguh mase kita makan.... sebab kita akan bertambah lapar kalau lama xmakan...
kenapa kita xtangguh utk mase kita tido.. sebab nanti ia akan melemahkan tubuh kita...
kenapa kita xtangguh untuk buang air kecil... sebab nanti kita akan rasa xselesa dan sakit..

begitu jugak kebaikkan.. lg kita tnggh lagi susah kita nak berubah..

so fikir2 kan lah.... haha.. aku pun same cam korg.. ade masalah sendiri... so same2 kita kongsii... wassalam...

*bukan nk mengajar.... saje nak bagi ceramah... -- ayat xleh blah..haha


Naik bot pergi solat Jumaat



korang pernah naik bot p solat jumaat.?? aku rase satu dalam sejuta kot.

tp memang ade... bukan sorang2... satu kampung pergi solat jumaat naik bot.. pergh..
masjid kat pulau ke diorang ni.. sampai dah xpergi masjid kat daratan...

persoalan kan...ha... tp semua kat atas aku tipu ja.. hehe...

actually diorang pergi masjid naik bot sebab banjir besar...
berlaku kat negeri aku sendiri.. kat Tumpat Kelantan... sape org kelantan ?? angkat tgn..keke

Kira-kira 70 penduduk Kampung Simpangan Hilir, Pengkalan Kubor, dekat sini, terpaksa menaiki bot dan sampan untuk menunaikan solat Jumaat selepas kampung mereka ditenggelami banjir.

penduduk tetap menunaikan tanggungjawab masing-masing walaupun terpaksa bersusah payah ke masjid.Setiap tahun penduduk akan menghadapi banjir, malah menaiki bot atau sampan ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah sudah mnjadi tradisi sejak masjid ini di bina pada 1991. o.. dah lama upenye..

semangat betul org2 kg untuk pergi bersolat.. tp itu lah yg terbaik kan. kat tempat kita ni yg xbanjir dan xde ape2 masalah pun malas jugak nak pergi masjid or surau... ape kes plak tuh..

nikmat Allah dah bagi... tp masih lagi malas nk buat ibadat.. apekan daya la kan.. dah dasar pemalas.. terasa ke korg yg duk baca ni.. aku dah lama dh terasa nih.. kiki..

same2 la kite memperingati... :)

so ape yg penting...
-- bersyukur la dgn kesengangan yg ada.. jgn khianati nikmat tersebut.. --

70,000 peluang kerja !!

Strategi Biomas mampu jana RM30b menjelang 2020

KUALA LUMPUR: Strategi Biomas Nasional yang dilancarkan semalam menyediakan 70,000 peluang pekerjaan baru, selain menjana RM30 bilion pendapatan baru kepada Malaysia menjelang 2020.

p/s ::::: Moga peluang pekerjaan ini diberikan kepada Anak Tempatan Malaysia bukan orang asing. :)

Air kotak bahaya??



pagi2 lagi dak2 sekolah dah sakit perut.. ape kes??
sebab minum air kotak rupenye... nk kata expired ... air kotak baru ja lagi... then tarikh luput pun lmbt lg..

info dari Berita Harian :

Kejadian membabitkan 16 murid perempuan dan lapan lelaki dari Tahun Dua hingga Tahun Lima yang mengadu mengalami simptom itu selepas minum susu kotak di sekolah mereka pagi ini.


Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata, sehingga 1.30 tengah hari tadi, lapan orang iaitu empat lelaki dan empat perempuan masih ditahan di wad, manakala yang lain sudah dibenarkan pulang.

"Keadaan lapan murid terbabit adalah stabil," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, mereka mula mengalamai keadaan itu kira-kira 9.15 pagi, iaitu selepas sejam setengah meminum susu kotak berkenaan.

"Jabatan Pelajaran masih menyiasat kejadian itu, manakala susu yang dibekalkan pula masih baru dan belum sampai tarikh luput," katanya.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, ketika dihubungi, berkata pihaknya sudah mengambil sampel susu tersebut untuk ujian........................

p/s : Air kotak ape la yg diorg minum...

UniMAP harumkan nama Malaysia

Aku pun ade cita2 nak reka satu benda yg baru... still in process........ loading. . . .

London, 24 Okt : Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengharumkan nama Malaysia apabila menerima Anugerah Khas Berlian iaitu anugerah tertinggi pada Pameran Ciptaan, Inovasi dan Teknologi British (BIS) 2011 di London yang berakhir kelmarin.

UniMAP memenangi anugerah itu melalui produk penghasilan simen dan konkrit yang mesra alam iaituA Novel Environmental Friendly Cement and Concrete yang dikemukakan oleh penyelidik dan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan UniMAP, Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah.

Turut menjayakan penyelidikan produk itu, yang juga penerima Anugerah Emas pameran tersebut, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Beliau merupakan penyelidik bersama untuk meletakkan universiti itu mengungguli kedudukan pingat bagi penyertaan dari Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

*sumber -GZDaily

p/s : bangga ngan unimap...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar