Safee sedia galas amanah besar

Safee Sali bakal pengganti Craig Bellamy di Cardiff City.

pergh.... mantap la safee... walaupun belum terpilih tp dah ade dalam calon2 pemilihan utk peringkat yang lebih tggi.. harap2 dia terpilih dan membwa nama baik negara dengan gemilang..

Impian itu dilihat cukup besar untuk digalas Safee yang akan menjalani ujian pemilihan bersama kelab Liga Kejuaraan England tersebut kira-kira dua minggu bermula hari ini hingga 27 September.

Bagaimanapun, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, penyerang sensasi skuad kebangsaan itu akan berusaha menampilkan prestasi terbaik bagi memikat hati panel pemilihan Cardiff.
Jelasnya, jika gagal menyarung jersi Cardiff musim ini, Safee tetap tidak akan berputus asa untuk kembali mencuba nasib pada musim depan.

Safee dijangka berlepas ke Cardiff City dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.35 pagi tadi selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya, Pelita Jaya bagi menjalani sesi pemilihan tersebut.
Selain Safee, kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim juga dilaporkan akan turut menjalani sesi pemilihan bersama Cardiff selama tiga minggu pada hujung Oktober depan.

p/s : menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik bukannya mudah.. :)


Nasha teruja jadi ibu


TIDAK dapat membayangkan bagaimana agaknya apabila aktres dan model jelita Nasha Aziz menjadi seorang ibu.

Namun, itulah kelebihan menjadi seorang pelakon seperti Nasha kerana dia boleh menjadi sesiapa sahaja di layar lakonan.

Menerusi siri televisyen yang kini sedang hangat ditayangkan di TV3, Supermak, Nasha berpeluang melakonkan karakter ibu kepada dua orang anak.

Namun, dia bukan sembarangan ibu tetapi ibu yang mempunyai kuasa luar biasa, malah dia boleh dikatakan seorang adiwira.


SUPERMAK!!!! haha.. adei.. macam2 citer la kat tv skunk ni.. mak pun leh jd hero.. hek3..

P/S : ni je aku leh post hari ni.. hek2..

makan malam after Terawih


"toink3!!!!!!!!!!!!! .." bunyi ringtone msg kat handset aku..haha

"read message" aku tekan.. " jom kuar minum air. nk?" dari Cikgu Din... haha.. kawan sekelas ku..
dipendeekkkan ceritas.. aku n 3 org kwanku yg len p la cari kedai makan yg bleh dikatakan syok la jugak..

"makan collek sedap jugok nih.."
sampai je kedai pertama... fuh lamak... penuh kot.. siap dah ade tggu turn lg nk makan kat kedai tuh...

planning nk mkn kat kedai tu gagal buat kali pertama.. xpe... ade lg kedai kat depan simpang sane..

next kedai pun penuh jugak.. adei... xpela... tggu je la sampai ade meja kosong..sambil2 beratur amik order..

sedap sungguh collek 'pelempung+ayam+ikan+macam2 lagi.. ' haha.. memang sedap.. licin kami makan.. alhamdulillah..

lame dh aku x merasa makanan tuh.. tengah2 bulan pose ni aku p plak ah... ajak my family plak.. haha..

p/s : sape org kelantan.. jom p makan kat Lundang.... kedai steam boat n collek ade bnyk kat situh.. haha..

Pagi sahur yang pertama


azam malam pertama puasa :

~ tdo awal.... kul 12 bru nak tdo.. adei..haha
~ beli makanan yg aku minat.. makan sampai puas..
~ planning jadual berbelog...itu yg penting..
~ mencari idea2 posting sempena bulan Ramadhan.. susah tu..
~ cari kerja atau duk umah....?? tgh pk lagi...
~ berbuka puasa and sahur nanti dgn hidangan yg simple mimple ja..lau wat macam dulu.. memang bazir.. adei..
nafsu2..ish2..:(
~ tadarus Al-quran.... :)
~ kuatkan semangat tuk tidak mengorek idung yg sgt gatal nih.. haha
~ terawih yg paling bnyk pd thun nisetakat yg mampu..

hoho.. susah nk buat nih.. ape2 pun.. cuba.. jom kawan2ku.. same2 tingkatkan amalan kita..
sokongan moral diperlukan disini.. hehe ^_^

p/s : fuhh... ngantuknye berbelog waktu lepas sahur nih... hehehe :)
MOTIF UTAMA HARI NI AKU NAK UCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA KENALAN... DAN BLOGGER SEKALIAN...^_^

Marshanda ambil keputusan bertudung




Setiap kali berdoa, Andriani Marshanda atau Marshanda yang mengambil keputusan bertudung lebih setahun lalu enggan menyesali keputusan besar yang mengubah seluruh perjalanan hidupnya.
Dia yang berketurunan Minangkabau, berusia 22 tahun, juga tidak ingin kembali menoleh laluan silam tatkala bertekad menyerahkan seluruh misteri hidupnya kepada Allah.

hoho... suke nye ade artis dah mula mengubah seluruh hidupnya untuk bertudung dan mengamal kehidupan Islam yg wajib dilakukan pleh setiap Muslim dan Muslimah..

ha.. yg ladies2 kat luar sane tu.. insaf2 la... pelakon pun boleh berubah... apsal korang xleh plak..
semua di tangan kamu semua ladies2.. nk famous pun.. jgn sampai buang agama.. jangan ikut sgt artis-artis skunk nih.. berpakaian ... ish.. teruk2.. ayam pun xpernah tunjuk peha dia... haha

org tegur2 nih... bnyk lak komen dia.. itu la ini la.. ha.. meh aku nk jawab.. baca kat sini..

bertudung-vs-tak bertudung

p/s : jom same2 nasihat menasihati..^_^..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar