Bersih lagi




Firstly... Bg aku BERSIH ni ok.... tp biar la kena pada tempat.. ape salahnya kita nak bersuara.. bukan ke kita ni negara berdemokrasi.. apetah lagi negara juga dalam keadaan aman dan damai.. xboleh kah kita semua ni dikatakan satu kepala.. susah la lau wat kepala masing2.. rakyat jadi fening..

tmbahan lagi budak2 yang baru nk kenal erti hidup.. Bg la tauladan yg baik.. ni masing2 nak aibkan dan nak fitnah satu same len.. pemerintah n yang tua2 ni asyik nk bergaduh je.. dah la same bangsa agama dan warna kulit.. aku pun xpaham..

xingat mati ke... ha... walau hebat mana pun mati jugak... makan tanah.. try la cuba berbuat baik.. buat cara yang baik.. xsalah kita bergabung untuk kebaikan..



bagus lah bg pendapat.. yang salah kena tegur... dan diperbaikkan.. betul x geng??

ha.. ni antara permohonan rakyat yang bersuara :


lapan (8) langkah-langkah jangka pendek dapat dipenuhi sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

1. Bersihkan senarai undi

Senarai undi harus dibersihkan untuk memastikan ketidakaturan yang sedia ada seperti penyamaran dan ‘pengundi hantu’ disingkirkan.
Dalam jangka masa panjang, BERSIH 2.0 mencadangkan pendaftaran pengundi secara automatik dilaksanakan berdasarkan data di Jabatan Pendaftaran Negara.

2. Mereformasikan undi pos

Sistem undian pos yang sedia ada perlu diperbaharui. Penafian hak terhadap pengundi yang tidak dapat hadir boleh diselesaikan dengan memberi pilihan kepada semua pengundi untuk mengundi melalui pos ataupun secara lebih awal jika mereka tidak dapat hadir di kawasan pengundian pada hari mengundi, tidak kira sama ada mereka berada di Malaysia mahupun di luar negara. Anggota Polis, tentera dan penjawat awam harus mengundi secara biasa seperti para pengundi lain jika mereka tidak bertugas pada hari mengundi. Bagi memastikan ketelusan proses undian pos, ejen-ejen parti politik harus dibenarkan untuk memantau keseluruhan proses undian pos atau undian lebih awal.

3. Gunakan dakwat kekal

Dakwat kekal adalah penyelesaian yang mudah, menjimatkan dan berkesan bagi mengelakkan pengundian berganda.

4. Masa kempen minima 21 hari

Tempoh kempen minimum dua puluh satu (21) hari akan memberi lebih masa kepada para pengundi untuk mengumpul maklumat dan mempertimbangkan pilihan mereka.

5. Akses media yang bebas dan adil

Semua agensi media, terutamanya agensi media yang dibiayai oleh kerajaan seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama, harus memperuntukkan liputan yang seimbang dan objektif terhadap semua parti politik. Debat umum antara para calon harus disiarkan.

6. Kukuhkan institusi awam

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) harus melaksanakan tanggungjawab perlembagaannya untuk bertidak secara bebas dan saksama supaya mendapat keyakinan orang ramai. SPR harus mengambil langkah-langkah bebas dan proaktif untuk menegakkan integriti proses pilihanraya dan menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 seperti yang dimandatkan oleh Akta Pilihan Raya 1958. Kenyataan SPR yang berulang kali bahawa mereka tiada kuasa untuk bertindak adalah salah dari segi undang-undang dan tidak membangkitkan keyakinan orang ramai dalam kebolehan SPR untuk memenuhi peranan perlembagaan mereka.

Selain daripada SPR, institusi-institusi awam seperti Badan Kehakiman, Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia harus bertindak dengan bebas, saksama dan penuh integriti pada setiap masa dalam melaksanakan tanggungjawab menurut Perlembagaan Persekutuan.

7. Hentikan rasuah

Semua bentuk pembelian undi, termasuklah janji peruntukan kewangan bagi projek-projek pembangunan oleh wakil-wakil rakyat semasa tempoh kempen, harus diberhentikan. Tindakan tegas mesti diambil ke atas semua yang mengamalkan sebarang bentuk pembelian undi.

8. Hentikan politik kotor

Rakyat Tuanku sudah jemu dengan politik kotor yang semakin menjadi ciri utama politik Malaysia. Kesemua parti dan ahli politik hendaklah berhenti mengamalkan politik kotor. Rakyat dan pengundi, lebih berminat mendengar polisi dan perancangan yang ingin dijalankan.



p/s : lau demokrasi... wat la care demokrasi...... sape setuju?? ^_^

Siti Nurhaliza nk Sambung Belajar??


Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini tidak lama lagi....

sape amik muzik punya coz leh ar jadi classmate Siti... hehe.. syoknye... aku pun ase macam nk tukar kos la.. leh kawan ngan Dato Siti.. . confirm duk sebelah dia lam bilik kuliah.. haha...

aku ase lecturer pun xleh nk focus mengajar kat depan.. hoho.. almaklum la.. ape ko ase bila ko mengajo artist... mesti ase len.. haaaa.... tu la pasal...

Bidang muzik menjadi pilihan Dato Siti kita, memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi dan Dato Siti percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.

Dato Siti kata.. :“Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM dan jika semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.

semoga Dato Siti dapat meneruskan niatnya yang mendalam tuk belajar... semoga berjaya Dato Siti... cayyyoook2...!! ^_^

p/s : jom amik kos muzik.. hek3...

E-sign studio: Chong Wei lebih tenang

E-sign studio: Chong Wei lebih tenang: "TIDAK seperti edisi-edisi sebelum ini, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merasakan dirinya lebih tenang untuk turun beraksi ..."

Chong Wei lebih tenang


TIDAK seperti edisi-edisi sebelum ini, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merasakan dirinya lebih tenang untuk turun beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 di London, Ogos depan.

Menurut Chong Wei, antara faktor utama yang menyebabkan dia sehingga kini masih gagal menggenggam gelaran juara dunia adalah berpunca daripada sikapnya yang terlalu ‘gopoh’ untuk memburu kemenangan.

betul2.. kalau kita terlalu memikirkan kemenangan..ia akan buat kita lebih bertindak gopoh dan melulu utk mengejar kejayaan.. padahal ia salah...

same la juga dalam keadaan mana sekalipun.. lawan badminton ke... lawan nasyid ke.. tinju ke.. bola ke... main guli ke.. lau terlalu mengejar kejayaan memang akan kokap la..

setiap exam pun.... SPM ke.. PMR ke.. Final Year Project ke... lau gopoh memang x jadi.. hehe

ape org tua2 cakap... yang dikejar xdapat... yang dikendong berciciran... haha... betul ke peribahasa aku nih.. kena x ngan ayat.. hentam saja lah.. janji ade isi..

p/s : sabar dan bersederhana dalam semua keadaan...itu yg lebih baikk....^_^

Bumbung stadium FC Twente runtuh, ramai terperangkap

Bumbung stadium bola sepak kelab FC Twente di Belanda runtuh dan menyebabkan sejumlah orang terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Jurucakap polis, Lan Lamberts berkata, sebahagian bumbung stadium itu runtuh pada tengah hari tadi.
Lamberts berkata: "orang terperangkap tetapi kami tidak tahu berapa ramai."




Adakah ini bala dari Allah.... atau bencana alam.. atau.. kesilapan pembuatan stadium tersebut????

ingatlah... KUNFAYAKUN....

p/s : ape yang berlaku adalah kehendakNYA....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar