UniMAP harumkan nama Malaysia

Aku pun ade cita2 nak reka satu benda yg baru... still in process........ loading. . . .

London, 24 Okt : Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengharumkan nama Malaysia apabila menerima Anugerah Khas Berlian iaitu anugerah tertinggi pada Pameran Ciptaan, Inovasi dan Teknologi British (BIS) 2011 di London yang berakhir kelmarin.

UniMAP memenangi anugerah itu melalui produk penghasilan simen dan konkrit yang mesra alam iaituA Novel Environmental Friendly Cement and Concrete yang dikemukakan oleh penyelidik dan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan UniMAP, Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah.

Turut menjayakan penyelidikan produk itu, yang juga penerima Anugerah Emas pameran tersebut, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Beliau merupakan penyelidik bersama untuk meletakkan universiti itu mengungguli kedudukan pingat bagi penyertaan dari Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

*sumber -GZDaily

p/s : bangga ngan unimap...^^

Kerana Lipstik.. ouchh..




punah2.. ape nak jadi ngan dunia skunk.. macam2 yg difikirkan xlogik berlaku..

ini la jadinya kalau islam xjadikan sebagai pedoman hidup.. iman entah kemana.. perasaan sabar lagi la xde ..

hanya kerana lipstik.... anak dipukul oleh ibu kandung... tau beza tak LIPSTIK dengan ANAK??

9 bulan sanggup kandung dalam perut... last2 kerana LIPSTIK yg dikatakan agak mahal tu pun sanggup pukul anak sampai MATI.... hadoih..... pe kejadah la.. LIPSTIK bila2 pun boleh beli.. ANAK?? ingat leh beli ngan duit ke???

sory to say la bro.... nak lahirkan sorg anak bukan main susah..

bengang2..!!! bengang aku baca berita pasal kes nih... unsangkarable...

baca kisah ni.. :

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".


p/s : bersikap sabar itu separuh dari iman...

Murid tahun 1 merompak!


hebat giler budak nih.. kecik2 dh merompak.. besar xtau la dia buat ape... entry hari ni aku malas nk sembang pnjang.. korg baca la entry yg aku amik kat berita harian neh..

benda ni berlaku kat Putrajaya..

“Kegiatan murid Tahun Satu dan Dua itu terbongkar selepas mereka dikatakan mahu memulangkan semula CD diambil dari satu kediaman kepada rakan sepermainan yang juga anak mangsa. Anak mangsa yang curiga, memaklumkan tindakan dua rakannya itu kepada bapanya, sebelum polis menahan suspek di rumah mereka antara jam 5 petang hingga 6.30 petang 28 Oktober lalu,” katanya semalam.

Abdul Razak berkata, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk dua topi, tiga pemacu pen, serangkai kunci rumah, dompet, wang tunai RM14, dua pasang kasut kanak-kanak dan kereta kawalan jauh yang dipercayai dibeli dengan wang curi, di rumah suspek.
Katanya, hasil soal siasat, kanak-kanak terbabit mengaku terbabit dalam 26 kes pecah rumah walaupun sehingga kini polis hanya menerima satu laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, kedua-dua suspek terbabit sudah dibebaskan pada hari sama selepas percakapan mereka dirakam.

“Ibu bapa suspek mengetahui kegiatan kanak-kanak itu, namun tiada laporan polis dibuat kerana semua barang dicuri termasuk basikal, komputer riba dan alat permainan video diarah dipulangkan semula kepada pemilik asal,” katanya.

Justeru, polis akan memaklumkan penahanan murid terbabit kepada pihak sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut termasuk proses kaunseling atau dihantar ke pusat pemulihan akhlak.

p/s: merompak ke mencuri..??? huhu

53,300 lembu disediakan untuk korban


Bekalan lembu hidup dijangka mencukupi untuk ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin.

harga ayam runcit/sembelih adalah RM7.80 sekilogram, daging lembu tempatan RM22.50 sekilogram, daging kerbau India RM12 sekilogram, daging kambing tempatan RM32 sekilogram manakala harga daging kambing import RM28 sekilogram.

hoho... xsabar aku nk makan gulai kambing... lembu.. ayam... pergh... ase cam nak balik kg la ni jugak...

tp apekan daya.. terpaksa pg kelas.. haha
erm...
take note kawan2 pasal harga tu....... t kan ade plak jual dengan harga yg mencekik darah dan memerah darah lak nanti.. huhu.. mane la tau.. time raya ni la peniaga amik untung...

ha lau kau x caya korang tepon la tanya kat pengarah tu.. jgn tanya no fon dia kat aku.. korg cari la sendiri... sekian..

p/s: selamat menyambut hari raya haji... dan selamat pulang ke kampung masing2..

Khasiat Budu

Budu pun ade khasiat ke..?



patutla org kelantan sume sihat2... comel2.. haha... sebab makan budu rupenye.. aiseh..
lame dah aku xon and postkan benda2 baru kat blog aku nih... almaklumlah.. bila dah masuk degree ni terasa sangat ketat jgak la jadual.. adei..

td ade terbaca pasal budu ni.... so... dapt point... postkan benda ni kat blog.. benda baik ape salahnye kita kongsi2 kan.. haha... tp bukan nak citer pasal citer kongsi la... yg tu leh tgok kat pawagam la brother.. hehe..

budu... agak sinonim la ngan geng2 belah kelantan ni.. haha.. yupppp memang budu ade khasiat..

meh aku citer ckit..

Jepun pun buat kajian budu... haha... orang kita plak bangga makan makanan Jepun.. ape ke hei...

Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman m'dapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.wah.. hebat2..SUBHANALLAH...

Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara. hoho.. ini baik utk wanita... hehe

Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.

Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi. Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut...

patut la ramai budak2 kelantan pandai2.. hehe... bangga aku jd salah satu budak kelantan.. keh3..

p/s : jom kita pakat2 beli n makan budu... bnyak khasiat kat dalam budu... haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar