UniMAP rai 35 pasangan pengantin


35 pasangan pengantin termasuk sepasang pengantin berketurunan India diraikan oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada majlis khas yang berlangsung di Dewan 2020 mlam td..

Mereka terdiri daripada kakitangan Unimap yang berkahwin sepanjang 2010 sehingga kini termasuk yang berkahwin dengan rakan sekerja.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat ke majlis meraikan pasangan-pasangan itu yang disandingkan di pelamin khas secara beramai-ramai.

Ketika bertitah di majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor Unimap berharap pasangan pengantin baru dan lama itu bijak mengurus serta mentadbir rumah tangga supaya mereka kekal hidup bersama dan bahagia sepanjang hayat.

Titah baginda, kegagalan mengendalikan rumah tangga akan menyebabkan kebahagiaan yang dibina lebih rapuh dan mudah berlaku perceraian.

"Jadikanlah perpisahan itu sebagai jalan keluar yang terakhir setelah semua saluran telah digunakan untuk menyelesaikan apa jua persoalan,” titah baginda.


p/s : ramai oo dh kawin... bila lak giliran kita nih... hehe

sorry that i love you | sedih la





assalamualaikum semua..

hari ni punya la cbuk.. p mai2 macam menteri dah aku ni.. first p pusat sukan sal nak tempah court bdmnton.. amik racquet baru nk letak tali.. then p makan ngan member.. then bnyk lg.. dah la satu2 tempat tu jauh la maknye... susah aku nk citer kejauhannya itu.. ces..

abis je makan kat kedai nasi termurah tu mula la start motor kwn balik hostel..
sampai je kat umah.. terdengar lagu omputih yg agak menarik perhatian aku untuk fokus mendengrya..


I'M SO SORRY THAT I HURT YOU...~
SORRY THAT I FAIL THROUGH..~
SORRY I WAS FALLING IN LOVE WITH YOU...~

pergh....
then aku trus masuk n tanya kawan chinese aku.. "ape tajuk lagu ni Alex??"

"sorry that i love you"..

erm.. terus je aku on laptop n search... fuhh.. best ar... sedap lirik dia..
yg aku paham pasal lagu ni..

lelaki yg pernah menyukai wanita itu diwaktu dulu...lelaki ni cuba memikatnya duluu..
dulu pernah jugak melalui saat bahagia bersamanya.. tp wanita itu tidak sedar akan waktu itu..

tp sekarang.. lelaki ni dah xde lagi cinta itu... dan wanita itu pula mulai sedar perkara yg berlaku dulu adalah cinta....

I'M SORRY THAT IT CAME THROUGH..~
BUT SORRY DOESN'T TURN BACK TIME..~

adei.... xleh la.. xleh nk ulang balik dh cinta yg pernah dsemai dulu..
sorryy2..

sedih la.. adei..
ape2 pun.. ku doakn kamu bahagia yep.
maafkan sy selama ni buat awk sakit hati.
please... give me one chance..


meh nak bisik : teringat kat dia la.... ^_^

Permohonan Murtad | Makcik Kamariah

permohonan seorang pengikut ajaran sesat, Ayah Pin ( Kamariah ) ditolak oleh mahkamah Rayuan hari ni...

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma”ah dan Datuk Clement sebulat suara menolak dengan kos rayuan bekas ustazah, Kamariah Ali, 60.

Panel hakim tersebut bersetuju bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Tan Sri Md Raus Shariff (kini hakim Mahkamah Persekutuan) bahawa perkara itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah mengikut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan mengenai perkara berkaitan Islam.

Mahkamah itu menolak rayuan Kamariah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Disember 2005 mengetepikan saman pemula dan permohonannya untuk merujuk persoalan berkaitan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim Azhar berkata, oleh kerana perkara yang dibawa kepada Mahkamah Tinggi ialah murtad maka ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil..

ish2... org sume nk mauk Islam ade jugak nak kluar dari Islam... sedarlah wahai makcik yg dah tua ... insafla... tunjuklah tauladan sikit kat anak cucu...

ape nak jadi la ngan makcik nih aku pun xtau.. same2 lah kite berdoa agar diberi taufik dan hidayah...

p/s : semoga kita jauh dari perbuatan tersebut..amin^_^

Wujudkan strategi bersepadu atasi rogol | Boleh ke?

Satu strategi bersepadu bagi menangani kes jenayah rogol terhadap kanak-kanak perlu dibentuk dan ia harus bermula dari rumah, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, semua pihak harus bekerjasama menangani kes jenayah itu, yang kini membimbangkan, kerana statistik polis menunjukkan tujuh daripada 10 mangsa rogol melibatkan kanak-kanak.

"Masanya sudah tiba untuk seluruh komuniti Malaysia bangun menentang jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek ‘Khidmat Cegah Jenayah dan Gaya Hidup Sihat Masyarakat’ anjuran syarikat Lions Group di sini hari ini.

Hoho… bagusnye pandangan diorang.. memang mantap ar.. nak wat strategi bersepadu la…

Pastu plak nak suh semua komuniti Malaysia bngun tentang jenayah seksual.. haha.. wei.. cmner mau tentang.. diorg nak rogol baru nak tentang.. ape punya idea la..

Skit2 nk wat program itu n ini.. strategi bersepadu lak tu.. ape yg nk disepadukan ..

Mane perginya undang2 negara yg disokong dan dihormati tu.. lau undang2 mantap.. mesti kurg punya kes jenayah..

Pk la.. aku bg contoh motor la.. same la cam motor… lau guna cara betull.. mesti kurg masalah kat motor.. buat maintenance betul… kerosakan motor dapat diminimizekan..

Same la manusia.. guna la undang2 yang mencipta manusia.. confirm xde masalah..


polis pun xbnyk kerje… askar pun xpayah kuar dari hutan nak tolong polis jaga rakyat plak..

betul x?? sape sokong??

P/S: bukan marah.. nk sruh fikir sejenak..^_^


alamak!! bahaya ni | Otak mengecut

assalamualaikum semua..
nih nak habaq ckit..



Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut..

Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.

Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet..

wah...!! ni dah serius ni... otak mengecut di bahagian korteks..... bahagian ni penting kot..

fungsi korteks :

memproses ingatan
memproses emosi
memproses pertuturan
memproses penglihatan
memproses pendengaran
lastly...mengawal pergerakan anggota manusia

so dangerous.. kepada kawan2 blogger ku... and sape2 skali pun... kurangkanlah duk kat depan laptop sambil on9 lebih2... bahaya2...

buruk kesannya..

p/s : berwaspada ye... aku syg kwn2 ku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar