Siti Nurhaliza nk Sambung Belajar??


Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini tidak lama lagi....

sape amik muzik punya coz leh ar jadi classmate Siti... hehe.. syoknye... aku pun ase macam nk tukar kos la.. leh kawan ngan Dato Siti.. . confirm duk sebelah dia lam bilik kuliah.. haha...

aku ase lecturer pun xleh nk focus mengajar kat depan.. hoho.. almaklum la.. ape ko ase bila ko mengajo artist... mesti ase len.. haaaa.... tu la pasal...

Bidang muzik menjadi pilihan Dato Siti kita, memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi dan Dato Siti percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.

Dato Siti kata.. :“Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM dan jika semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.

semoga Dato Siti dapat meneruskan niatnya yang mendalam tuk belajar... semoga berjaya Dato Siti... cayyyoook2...!! ^_^

p/s : jom amik kos muzik.. hek3...

E-sign studio: Chong Wei lebih tenang

E-sign studio: Chong Wei lebih tenang: "TIDAK seperti edisi-edisi sebelum ini, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merasakan dirinya lebih tenang untuk turun beraksi ..."

Chong Wei lebih tenang


TIDAK seperti edisi-edisi sebelum ini, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merasakan dirinya lebih tenang untuk turun beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 di London, Ogos depan.

Menurut Chong Wei, antara faktor utama yang menyebabkan dia sehingga kini masih gagal menggenggam gelaran juara dunia adalah berpunca daripada sikapnya yang terlalu ‘gopoh’ untuk memburu kemenangan.

betul2.. kalau kita terlalu memikirkan kemenangan..ia akan buat kita lebih bertindak gopoh dan melulu utk mengejar kejayaan.. padahal ia salah...

same la juga dalam keadaan mana sekalipun.. lawan badminton ke... lawan nasyid ke.. tinju ke.. bola ke... main guli ke.. lau terlalu mengejar kejayaan memang akan kokap la..

setiap exam pun.... SPM ke.. PMR ke.. Final Year Project ke... lau gopoh memang x jadi.. hehe

ape org tua2 cakap... yang dikejar xdapat... yang dikendong berciciran... haha... betul ke peribahasa aku nih.. kena x ngan ayat.. hentam saja lah.. janji ade isi..

p/s : sabar dan bersederhana dalam semua keadaan...itu yg lebih baikk....^_^

Bumbung stadium FC Twente runtuh, ramai terperangkap

Bumbung stadium bola sepak kelab FC Twente di Belanda runtuh dan menyebabkan sejumlah orang terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Jurucakap polis, Lan Lamberts berkata, sebahagian bumbung stadium itu runtuh pada tengah hari tadi.
Lamberts berkata: "orang terperangkap tetapi kami tidak tahu berapa ramai."




Adakah ini bala dari Allah.... atau bencana alam.. atau.. kesilapan pembuatan stadium tersebut????

ingatlah... KUNFAYAKUN....

p/s : ape yang berlaku adalah kehendakNYA....

PERHIMPUNAN BERSIH | PELAJAR

PERINGATAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAJAAN JPA DI IPTA/IPTS
SELURUH NEGARA

Saudara/saudari,

PEMATUHAN SYARAT PERJANJIAN BIASISWA PERSEKUTUAN

Adalah dimaklumkan bahawa satu perhimpunan haram akan diadakan pada 9
Julai 2011 yang akan datang. Perhimpunan tersebut dikenali dengan nama
perhimpunan “ BERSIH” yang menuntut supaya dibuat pembaharuan kepada
sistem pilihan raya. Perhimpunan tersebut diharamkan kerana ia mengancam
kepentingan awam dan ketenteraman negara.

Sehubungan itu, JPA ingin mengingatkan tanggung jawab saudara/saudari
seperti yang dinyatakan di Fasa 5.5: Hasutan dan Tunjuk Perasaan dan
Fasa 5.6: Menyertai Politik dan Pertubuhan dalam Perjanjian Biasiswa
Persekutuan yang antara lainnya menekankan perkara berikut:

Fasa 5.5: Hasutan dan Tunjuk Perasaan

Pelajar tidak boleh pada bila-bila masa dalam Tempoh Pengajiannya:

a. Mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk
perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau
kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada
pendapat KERAJAAN, adalah memudaratkan kepentingan Malaysia
atau sesuatu institusi pendidikan;

b. Menyedia atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil
apa jua bahagian dalam menyediakan atau mengedarkan sesuatu
penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa
pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau
tunjuk perasaan yang pada pendapat KERAJAAN, adalah
memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi
pendidikan;

c. Menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan, atau mengambil
bahagian dengan apa-apa cara dalam menyedia, mencetak,
membahagi atau mengedarkan apa-apa dokumen atau lain-lain bahan
yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan
Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan;

d. Membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa
kumpulan orang di mana-mana tempat yang pada pendapat
KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu
institusi pendidikan.


2
Fasa 5.6: Menyertai Politik dan Pertubuhan

a. PELAJAR tidak boleh mengambil bahagian sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam kegiatan berunsur politik atau anti Kerajaan;

b. PELAJAR tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa
pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu
mendapat kelulusan bertulis KERAJAAN dan KERAJAAN, mengikut
budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak kelulusan itu.

c. PELAJAR tidak boleh menjadi seorang ahli atau mengambil bahagian
dalam kegiatan-kegiatan apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan
orang yang bertujuan atau kegiatan-kegiatan itu adalah, pada
pendapat KERAJAAN boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa
terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari KERAJAAN dan
KERAJAAN, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau
tidak memberi kelulusan itu.


Sekiranya saudara/saudari didapati telah melanggar mana-mana syarat
dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan yang telah ditandatangani, JPA
boleh menamatkan tajaan dan mengenakan apa-apa tindakan tuntutan
ganti rugi oleh JPA seperti yang tertera di Perjanjian Biasiswa
Persekutuan.

Akhirnya JPA mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju
jaya dalam pengajian saudara/saudari dan semoga saudara/saudari terus
menjaga keselamatan masing-masing walau di mana jua berada.

Sekian, terima kasih.



Razana binti Yaacob
Ketua Penolong Pengarah
Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan Dalam Negara
JPA, Putrajaya.

dipetik dari : http://esilav2.jpa.gov.my

p/s : Kalau kita tidak boleh membahagiakan orang len.. cukup lah sekadar tidak menyusahkan mereka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar