Murid tahun 1 merompak!


hebat giler budak nih.. kecik2 dh merompak.. besar xtau la dia buat ape... entry hari ni aku malas nk sembang pnjang.. korg baca la entry yg aku amik kat berita harian neh..

benda ni berlaku kat Putrajaya..

“Kegiatan murid Tahun Satu dan Dua itu terbongkar selepas mereka dikatakan mahu memulangkan semula CD diambil dari satu kediaman kepada rakan sepermainan yang juga anak mangsa. Anak mangsa yang curiga, memaklumkan tindakan dua rakannya itu kepada bapanya, sebelum polis menahan suspek di rumah mereka antara jam 5 petang hingga 6.30 petang 28 Oktober lalu,” katanya semalam.

Abdul Razak berkata, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk dua topi, tiga pemacu pen, serangkai kunci rumah, dompet, wang tunai RM14, dua pasang kasut kanak-kanak dan kereta kawalan jauh yang dipercayai dibeli dengan wang curi, di rumah suspek.
Katanya, hasil soal siasat, kanak-kanak terbabit mengaku terbabit dalam 26 kes pecah rumah walaupun sehingga kini polis hanya menerima satu laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, kedua-dua suspek terbabit sudah dibebaskan pada hari sama selepas percakapan mereka dirakam.

“Ibu bapa suspek mengetahui kegiatan kanak-kanak itu, namun tiada laporan polis dibuat kerana semua barang dicuri termasuk basikal, komputer riba dan alat permainan video diarah dipulangkan semula kepada pemilik asal,” katanya.

Justeru, polis akan memaklumkan penahanan murid terbabit kepada pihak sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut termasuk proses kaunseling atau dihantar ke pusat pemulihan akhlak.

p/s: merompak ke mencuri..??? huhu

2 comments:

dgr berita ni jugak dkat tv smlm. trkjt daku. macam macam la dunia skrg nie~

adoii geng toy0l ke nie?? huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

layan sebentar